1.02.2010

2010 new hope..

Selamat dah dalam tahun 2010 ni. Lepas 1 Jan, ada 2 jan, 3 Jan dan sampai la 31 Jan.. Adeii.. masuk la 1 Feb sampai la 28 Feb, menyusul 1 Mac, 1 April, 1 Mei, 1 Jun, Julai (my bday!!), Ogos, Sept, Okt, Nov, Dis dan 2011 plak. Kejap nyer.. Gonna turn to 27 diz year. Aku suke no 7 ni.. hehe... tapi x gemar sangat 2 tu.. hahah kureng kan skit jadi 1 bleh?? wakakak

Malam tahun baru, melepak dengan chill nyer di Roost bar+juice (lagi???) bersama pasangan yang sedang asyik masyuk bercinta.. kira tahap kelovingan mereka melebihi 100 peratus.. erk.. layankan cik umi dan incik yazid.. moga jodoh mereka bertemu satu titik nanti.. wahahaha.. Keadaan roost malam ittew amat berlainan sekali dari setahun yang lepas masa lepak dengan fuzir, giebam, yati & lan.. keadaannyer agak sesak.. kami ke yang mempopularkannye? da ramai tau port ni.. hehhe.. kene cari port lain la.. tapi ada ke mango tango nanti??

bila jam hampir ke 11.30pm, aku bergerak ke luar dari roost.. takkan nak sambutan yang sama kan cam tahun sebelumnyer.. bergerak ke sana sini, mencari topup untuk yazid. aku akhirnyer memberhentikan kereta kat tepi laut lido.. wakaka nama lama tu.. tiada niat ke danga atau the zon yang dikhabarkan sangat happening ittew.. ye ke?

tengah meelepak ittew.. riuh kat bazar n acara kembang api pon bermula.. tapi bajet persatuan peniaga² bazar jb x berapa besar.. maybe slash untuk tahun baru.. so, sekejapan je api itu berkembang.. disahut dengan kembang api dari the zon.. haa.. ni memang lama.. maklum la.. kawasan bebas cukai. wakakaa ada kene mengena ke? dari tepi laut yang nampak woodlands, sg tu.. sipi² je aku nampak kembang api mungkin dari marina bay atau tempat² lain di sg yang memang belum aku jejak.

Tak lama lepas tu, aku bergerak pulang. hantar pasangan yang berkepit sentiasa ke kereta mereka.

Daaaa 2009.

Meh sini 2010.

Banyak agenda menanti..
Hari pertama 2010, aku kerugian hampir 800 ringgit Malaysia. wakakak.. Cik Ina Volvo, enchanted tu da banyak sangat jalan.. wajib hantar ke spa.. Dan enchanted aku berjaya men'spa'kan poket aku skali.. Uwaaaa!!! Malam tu, ke Kluang.. mesyuarat Biro Keahlian menggantikan Naib ku yang jauh di KL. Hari ni nak ke walimatulurus dayat. Balik tu ada agenda meninjau umah baru.. tahun baru.. umah nak baru?? heheh.. tukar angin.. tapi pertama perubahan nyer.. aku masuk wp1. 7.30am. Melatih diri untuk bangun lebih awal dari kebiasaan. Masa untuk berubah.. Berani untuk berubah.. eh, cam biasa tengok tagline ni.. wakakaka..

weekend ni masa untuk meyusun jadual hidup. satu, satu okay..
12.31.2009

Posting akhir di hari akhir 2009

2009 da melabuhkan tirainya petang ni. Antara sedar atau tidak, masa pantas pergi. Mengejar 2010 yang entah apa yang akan jadi. Menuruti qada' dan qadarNya, aku masih di sini, cam ni la gak.. Kerja yang sama, rumah yang sama, harta yang sama, badan yang sama (hehehe..), dan STATUS yang sama.. benci tul citer pasal status.

Macam satu kewajipan pula menginjak usia yang makin hampir ke angka 30 tu, isu status jadi persoalan. Tapi tahun ni memang da ramai la yang antar perutusan walimatulurus.. khabaran dapat baby.. khabaran baby kedua.. heheh.. pusing² soalan.. bila lagi?

alloOooo...
xde soalan lain ke?
resolusi 2010?
da start pon.. tapi tu bukan resolusi 2010.. tu lebih pada pembangunan diri insaniah.. wakakak
nanti aku pk la..
nama pon untuk 2010.. so, 2010 je nanti aku listkan..
kat opis ni.. dalam keadaan yang semakin kosong dengan keberangkatan sambilan² yang da ditamatkan khidmat mereka..
ok la..
nanti kita citer lain... daaa...



12.30.2009

hari² akhir 2009

sekejapan je 2009 ni. Rasanya baru je lagi celebrate dengan fuzir, giebam, yati & lan kat roost.
sekejapan juga aku rasa sayu melayan lagu ressa herlambang ni..

Bila cinta tak lagi untukku..

Bila hati tak lagi padaku..

Mengapa harus dia yang merebut dirimu..

Bila aku tak baik untukmu..

Dan bila dia bahagia dirimu..

Akukan pergi..

Meski hati tak akan rela..

banyak benda yang jadi dalam tahun 2009 ni..
kejatuhan, kepatahan, dan kerapuhan hati..
bunga².. kembang dan layu.. lalu mati..

hati aku capek saat ini..
tiada ruang dan peluang..
bagi aku masa..
masa akan ubatkan segalanya..
walau mungkin makan masa..
dan walau belum terubat abis..
hati aku capek semula agaknye..

aku mengumpul kekuatan menempuh 2010 untuk satu perkara yang dah lama meruntun jiwa.. hakikat yang da lama aku tahu.. waaaa.. da masuk 27 tahun.. 3 years to go.. wakaka..

ayat² ujung tahun ni..


2009 aku tinggalkan dengan kenangan dan memori suka duka yang akan aku
ketawa nanti bila kenang kembali.. melangkah ke 2010 dengan segunung harapan
untuk masa depan yang lebih terang dan bercahaya riang..


12.28.2009

Bermula..

Hari ni bermula satu azam, satu matlamat yang agak parah untuk aku langsaikan.
Ianya menggugat iman aku.. merobek jiwa aku.. wakakaka
Ape pon, aku tak keseorangan...

semoga usaha kami berjaya..
Amin..


12.12.2009

Induksi Umum - Day 2 & 3

Dah masuk 3 malam di kaki Genting ni. Jadual waktu yang biasa, walau pagi tadi ada perubahan sikit. Apa pun, dengan peserta seramai 98 orang, perubahan jadual untuk slot Pengucapan Awam juge berubah.Istimewanya Induksi Umum ini adalah segmen ini. Pengucapan Awam. tempat di mana setiap peserta dikehendaki berucap di khalayak ramai selama 5 minit dengan topik bebas. Apa yang pasti urusetia dari JP pon berubah, penggunaan sistem penggiliran barangkali.
Hari kedua sebenarnya dimulakan dengan sesi Ice Breaking. Walaubagaimana pun aktiviti senaman pagi membangkitkan aku dari tidur seawal 6.oo pagi. Kesejukan pagi di sini, tercover dengan xtvt lari anak keliling bangunan hotel serta lombat bintang yang kabur dan pagi tadi dengan poco² version kabut kelam. Sesi Ice breaking dan pembentukan kumpulan dijalankan oleh pihak konsultan dari genius pyramid. Aku tertarik dengan satu klip vide 'SIGN' dalam slot komunikasi. Cerita tentang seorang lelaki yang takde semangat langsung datang kerja, bila satu hari dia ternampak seorang girl kat bangunan sebelah yang sibuk buat keje.. then, dat girl start communicate dengan lelaki ni guna msg yang ditulis atas kertas a4. Start dari tu, lelaki ni jadi semangat gler nak g keje.. Baru je dia nak ajak girl tu date.. girl tu tetiba dah takde. Separuh jiwa dia pergi.. Dia jadi blur kembali. Rupanya dat girl naik pangkat.
So, komunikasi ni penting le sesangat. Dengan keadaan aku skrang yang memang tak berkomunikasi langsung, aku masih dalam proses mencari rumah sewa baru. Sesi dengan konsultan luar hingga ke petang. Malamnyer teknik pengucapan awam oleh pegawai dari JPM yang menarik juga dengan keaadaan aku berada pada baris kedua dari depan dan dipisahkan oleh rostrum je dengan penceramah.
Pagi tadi, slot yang sepatutnya nilai etika bertukar jadi motivasi. Disampaikan oleh pegawai psikologi yang agak muda. Lepastu ada slot kepimpinan dan organisasi oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran. Tadi.. Arahan Keselamatan Negara.
Ada something yang aku nak cite.. sambung esok la.. mata da 3/4 kuyu ni..

 
Copyright 2009 BuBu..